Tuesday, December 23, 2008

inikah yang papa fikirkan??

Bagi yang perempuan, tahukah anda, bukan senang untuk menjadi seorang lelaki?

Macam-macam perkara yang perlu difikirkan apabila anda adalah seorang lelaki.

Lagi-lagi apabila usia anda meningkat dewasa dan tiba masa untuk mendirikan rumahtangga. Bermacam-macam perkara yang anda perlu anda fikirkan dan rancang supaya segalanya berjalan dengan lancar.

Sebagai contoh, untuk mengahwini seorang perempuan tidaklah mudah seperti yang disangka. Pelbagai perkara perlu dititikberatkan.

Bermacam-macam perkara yang perlu seorang lelaki ambil perhatian seperti, adakah duit hantaran mencukupi? Adakah sudah memiliki rumah tempat tinggal?

Bagaimana pula apabila sudah mempunyai anak nanti? Adakah terdapat sekolah yang berdekatan dengan rumah? Bagaimana pula dari segi keselamtan di kawasan perumahan? Adakah ianya selamat di situ?

Adakah gaji yang diterima setiap bulan dapat menanggung kos sara hidup apabila sudah berkeluarga? Bermacam-macam perkara perlu difikirkan oleh seorang lelaki.

No comments: